17,000 usahawan Bumiputera
Oleh Mohd Hamizar Hamid
PUTRAJAYA: Yayasan Tekun Nasional (Tekun) mensasarkan mewujudkan 17,000 usahawan Bumiputera baru menerusi pelbagai program, termasuk Program Pembangunan Usahawan Tekno dengan pembiayaan sebanyak RM160 juta tahun ini. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata Program Pembangunan Usahawan Tekno Tekun Nasional, iaitu program pembangunan usahawan bersama 27 syarikat Bumiputera mampu menghasilkan ribuan usahawan baru.

Source: Berita Harian, 22 January 2008